Azeem ke final, Khairul Hafiz kandas
PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, seperti dijangka, mara ke final acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional Suphachalasai, di Bangkok pada Jumaat.
Azeem, 19, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, mencatat masa 10.35 saat (s) untuk menduduki tempat kedua pada saringan separuh akhir pertama di belakang pelari Jepun, Ryuichiro Sakai, dengan catatan masa 10.23s.
Sementara itu, cabaran seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, terhenti di separuh akhir apabila menduduki tempat keenam dengan catatan masa 10.50s di saingan separuh akhir kedua.
Final akan didakan pada 7.50 malam (waktu Malaysia) pada Jumaat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!