Temui Rasuah Busters sempena Jelajah Mini Rakan Muda Pulau Pinang
SHAH ALAM - Orang ramai dijemput untuk menghadiri Program Hari Belia dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 yang berlangsung pada Sabtui di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Turut bersama dalam program berkenaan adalah pasukan Rasuah Busters yang akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik, antaranya slot perkongsian tentang bahana rasuah (antara Rasuah Busters dan belia), persembahan Bicara Cilik serta edaran bahan kempen Rasuah Busters.
Selain itu, program ini akan memberi peluang kepada belia untuk lebih mengenali ‘perjuangan’ Rasuah Busters menerusi perkongsian oleh pasukan itu selain kuiz bagi menyampaikan mesej antirasuah yang akan diadakan secara santai, selain mendengar pandangan belia berhubung isu-isu berkaitan integriti.
Diharap usaha sama Kementerian Belia dan Sukan dan Rasuah Busters ini menjadi titik tolak penting untuk membawa belia ke arah bencikan rasuah, sekali gus merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia Tanpa Rasuah.Ayuh! Bersama kita meriahkan Jelajah Mini Rakan Muda Pulau Pinang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!