UEFA denda Barcelona, Manchester United
BARCELONA dan Manchester United antara kelab yang didenda oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana melanggar Peraturan Kewangan Bersih (FFP) semasa musim 2022-2023.
United didenda €300,000 (RM1.5 juta) kerana gagal memenuhi syarat pulang modal dan cuba mengehadkan kerugian dialami kelab.
Juara Sepanyol, Barcelona pula dikenakan sekatan €500,000 (RM2.5 juta) kerana memasukkan keuntungan daripada penjualan aset yang bukan pendapatan relevan di bawah peraturan untuk mengimbangi akaun mereka.
Peraturan FFP yang diperkenalkan pada 2010 telah membenarkan kelab melaporkan kerugian tidak lebih daripada €30 juta dalam tempoh tiga tahun.
Musim lalu adalah tahun terakhir peraturan tersebut akan digunakan oleh UEFA sebelum peraturan pelesenan dan kemampanan baharu dilonggarkan dalam tempoh tiga musim akan datang.
Finalis Liga Juara-Juara Inter Milan, AC Milan, Paris Saint-Germain, Monaco, Roma dan Marseille terlepas daripada sekatan selepas mencapai sasaran yang ditetapkan oleh perjanjian penyelesaian UEFA.
Kelab Belgium, Royal Antwerp dan pasukan Turki Trabzonspor dikenakan denda terbesar sebanyak €2 juta setiap pasukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!