Nigeria isytihar darurat berhubung krisis makanan, inflasi

Nigeria pada Jumaat mengisytiharkan darurat berhubung keselamatan makanan dan inflasi yang melanda negara itu.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Nigeria pada Jumaat mengisytiharkan darurat berhubung keselamatan makanan dan inflasi yang melanda negara itu.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

LAGOS - Nigeria pada Jumaat mengisytiharkan darurat berhubung keselamatan makanan dan inflasi yang melanda negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami mengisytiharkan darurat dan melancarkan pelan campur tangan komprehensif mengenai keselamatan makanan, kemampuan dan kemampanan, melaksanakan tindakan tegas untuk menangani inflasi makanan," menurut Presidennya Tinubu menerusi ciapan di Twitter.

Nigeria bergelut dengan inflasi, terutamanya kos barangan, pengangkutan dan tenaga sejak Januari.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kenaikan harga petrol dan penamatan subsidi import minyak.

Penilaian mengenai kadar inflasi negara oleh Bank Negara Nigeria pada pertengahan tahun lalu menunjukkan bahawa inflasi harga makanan meningkat daripada 24.61 peratus pada April kepada 24.82 peratus pada Mei.

Pada Khamis, presiden itu mengemukakan cadangan kepada parlimen meminta 500 bilion naira (AS$643 juta) bagi pemberian bantuan, termasuk pengangkutan bersubsidi, baja untuk petani, dan sokongan bulanan kepada rakyat.

Badan perundangan masih belum meluluskan cadangan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!