'Kemudahan aerotrain di KLIA sudah banyak kali rosak' - Mohd Puad

Keadaan dalam bas perantara yang dikongsi Mohd Puad di Facebooknya pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Puad)
Keadaan dalam bas perantara yang dikongsi Mohd Puad di Facebooknya pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Puad)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa kerosakan kemudahan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibaiki segera.

Jelasnya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu memikul tanggungjawab terhadap kemudahan di pintu masuk utama negara itu.

"Apa jadi MOT (Kementerian Pengangkutan)? Shuttle train dari bangunan utama ke terminal pelepasan antarabangsa rosak lagi. Sudah banyak kali rosak.

"Ini dikatakan “First class facility” tetapi “Low class maintenance’”. Baik pulih amat lambat. Masa saya ke Jeddah 17 Jun lalu train ini sudah rosak.

"Bila saya balik sebulan kemudian, ia masih rosak lagi. KLIA adalah pintu masuk pelancong luar negara. Imej negara maju padam bila pelancong bersesak macam sardin naik bas," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan, KLIA yang menyediakan kemudahan kelas pertama merupakan pintu masuk utama pelancong.

"MAB pun satu hal. Penumpang dan pelancong disumbat sampai berdiri dalam bas dengan hand luggage mereka. Kasihan warga emas. Apakah ini Malaysia’s Hospitality?

"Mana Datuk Tiong King Sing. Dia Menteri Pelancongan. Tidak mahu serbu KLIA kali kedua? Hari itu dia sibuk pasal wanita warga China. Ini melibatkan ribuan pelancong setiap hari. Kenapa diam? Mohon PMX datang lagi ke KLIA," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!