Kerusi urut pertama Cuckoo Bespoke kerjasama OGAWA

Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Cuckoo International, Toh Seng Lee;
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon;
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling; dan
Penolong Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong
Dari kiri, Ketua Pegawai Operasi Cuckoo International, Toh Seng Lee; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon; Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling; dan Penolong Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong
A
A
A

JENAMA pencipta kediaman sihat, Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo International) melancarkan kerusi urut pertamanya, Cuckoo Bespoke sebuah produk berinovasi hasil kerjasama OGAWA Malaysia.

Perkembangan itu menyaksikan satu Memorandum Perjanjian (MoA) ditandatangani kedua-dua syarikat terkemuka itu.

Pengasas Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, Cuckoo Bespoke merupakan ciptaan kerjasama yang menggabungkan teknologi kesejahteraan inovatif OGAWA Malaysia dan servis Beyond Standards Cuckoo International.

Menurutnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, dengan gabungan kepakaran kedua-dua jenama, produk itu dijangka membantu pengguna melegakan tubuh badan dan ia mudah diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) melancarkan kerusi urut pertamanya Cuckoo Bespoke, sebuah produk berinovasi hasil kerjasama OGAWA Malaysia.
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) melancarkan kerusi urut pertamanya Cuckoo Bespoke, sebuah produk berinovasi hasil kerjasama OGAWA Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OGAWA Malaysia yang juga berkongsikan semangat dan falsafah Beyond Standards kami bagi melangkaui batasan sedia ada untuk mencipta solusi yang akan membantu rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier.

"Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat dan bahagia melalui inovasi yang akan mempertingkatkan ruang kediaman mereka untuk menjadi lebih sihat,” katanya sempena pelancaran tersebut pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling berkata, kerjasama itu membolehkan ramai menikmati manfaat kesihatan dengan kadar mampu milik.

“Di OGAWA, kami bertekad berkongsi konsep ‘Heart of Wellness’ kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan teknologi kesihatan dan kesejahteraan yang canggih dan teruji.

"Kerjasama kami dengan Cuckoo International bukan sahaja menandakan kejayaan baharu, tetapi juga membolehkan kami memperluaskan lagi solusi kesejahteraan kami kepada lebih ramai Rakyat Malaysia melalui kerusi urut yang inovatif dan mampu milik,” katanya.

Kerusi Urut Cuckoo Bespoke menampilkan rekaan, fungsi dan servis Beyond Standards pada harga yang berpatutan iaitu RM139 sebulan dengan pelan sewaan.

Ia juga dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna isi rumah di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!