Warga emas sesak nafas ketika daki bukit
MELAKA - Seorang lelaki warga emas terpaksa diselamatkan sepasukan bomba selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki Hutan Rekreasi Bukit Beruang, di sini, pada Sabtu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan (PBK II) Mohd Sany Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan kelainan operasi (PKO) di tempat kejadian, kita dapati seorang warga emas berusia 70 tahun berada dalam keadaan terduduk dan dipercayai mengalami sesak nafas.
"Mangsa ditemui di check point pertama bukit tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pasukan bomba memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa oleh isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!