Tujuh hari bersalin, Wany Hasrita kongsi nama anak

Wany Hasrita mengikut saranan sunnah untuk memberi nama anak perempuannya Aishah Al Iman pada hari ketujuh kelahiran.
Wany Hasrita mengikut saranan sunnah untuk memberi nama anak perempuannya Aishah Al Iman pada hari ketujuh kelahiran.
A
A
A

PENYANYI Wany Hasrita mengikut saranan sunnah untuk memberi nama anak perempuannya pada hari ketujuh kelahiran.

Malah Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, tidak keberatan untuk berkongsi nama itu kepada umum.

"Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap tujuh hari dah. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu tengok ibu dah sebak.

"Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh balik nanti," coretnya pada hantaran terkini di Instagram miliknya.

Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu itu turut meminta peminat mendoakan yang terbaik buat puteri sulungnya.

"Uncle dan Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya," ujar Wany.

Dalam pada itu, isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun itu memaklumkan mereka tidak membuat sebarang majlis dan hanya berkongsi gambar ketika dibenarkan keluar hospital sebelum ini.

Terdahulu, Wany selamat melahirkan anak sulungnya secara normal pada 8 Julai lalu dan menyifatkan kelahiran anak itu sebagai pengikat kasih sayang antara dia dan suami.

Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!