Pekerja kontraktor TNB maut, rakan cedera dilanggar BMW

Seorang pekerja kontraktor TNB maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 83 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang pada Sabtu.
Seorang pekerja kontraktor TNB maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 83 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 83, Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 3 petang berhampiran Taman Sri Impian itu melibatkan sebuah kereta BMW, Proton Wira dan sebuah jentera berat jenis Case.

"Kemalangan turut melibatkan dua pekerja Kontraktor TNB yang sedang membuat penyelenggaraan talian letrik berhampiran kawasan kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas kereta BMW yang dipandu individu dikenali sebagai Khui, 26, datang dari arah Kota Tinggi ke Kluang.

Keadaan kereta Proton Wira dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 83 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang pada Sabtu.
Keadaan kereta Proton Wira dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 83 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang pada Sabtu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kereta Proton Wira serta Jengkaut yang diletakkan di tepi jalan arah bertentangan serta pekerja kontraktor TNB," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bahrin berkata, akibat kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Hizran Aiman, 23, cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Tambahnya, seorang lagi pekerja Kontraktor TNB, Muhammad Hizran Aiman, 23, mengalami kecederaan di tangan kiri dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini manakala pemandu kereta BMW, Proton Wira serta Jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu kereta BMW ditahan untuk pemeriksaan saringan air kencing namun didapati tiada pengaruh dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!