Akaun TikTok Sanusi tidak boleh diakses
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan tidak lagi boleh diakses oleh semua pengguna aplikasi itu.
Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, akaun yang mempunyai 432,700 pengikut itu tidak boleh diakses bermula pada Sabtu.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan berhubung status akaun TikTok beliau daripada pihak-pihak berkaitan termasuk pegawai yang menjaga sosial media itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!