Mizz Nina ajak buat hijab challenge
SELEBRITI terkenal, Mizz Nina, menyeru kepada semua perempuan untuk menyahut cabarannya berhijab sempena Ramadan ini selama 30 hari berpuasa.
Perkongsian Hajjah Shazrina Azman atau lebih dikenali Mizz Nina, 38, di akaun Instagram miliknya itu turut menandakan sebagai solidariti Muslimah di seluruh dunia yang sering didiskriminasi ataupun ditindas.
"Tanpa mengira agama mahupun kepercayaan, saya harap semua wanita bersatu hati menyahut cabaran ini beserta tanda pagar #Hijab30!," coretnya.
Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, Mizz Nina dihujani komen-komen positif daripada kalangan peminatnya, apatah lagi mendapat pujian daripada pelayar luar negara tentang cadangannya itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!