Amirudin nafi tidak serius tangani isu sampah
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menolak dakwaan bahawa tidak mengambil serius isu sampah di Batu 18 Hulu Langat yang tular di Twitter pada Ahad.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dakwaan seorang pengguna Twitter itu dibuat jam 3 pagi sedangkan sampah dikutip setiap hari antara jam 5 hingga 8 pagi.
Menurut beliau, jumlah sampah di kawasan itu tinggi berikutan terdapat banyak tapak perkhemahan dan pusat peranginan di sekitarnya.
"KDEBWM (KDEB Waste Management) sentiasa melaksanakan kutipan berjadual (di tapak pembuangan sampah) setiap hari," katanya dalam satu maklum balas di Twitter pada Ahad.
Seorang pemilik akaun Twitter sebelum ini memuat naik video tentang kekecewaannya mengenai lambakan sampah di Batu 18 Hulu Langat.
Menerusi video itu, individu itu mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil serius tentang isu pengurusan sampah.
Saudara datang pukul 3 pagi mengadu sampah tak kutip sedangkan memang lori sampah datang setiap pagi antara jam 5 hingga 8 pagi utk kutip sampah
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) July 16, 2023
Jumlah sampah di lokasi ini mmg antara paling banyak kerana banyak tapak perkhemahan dan pusat peranginan di sekitar. KDEB sentiasa... https://t.co/nQGRYRgG24pic.twitter.com/FAcC5kkaSI
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!