Gempa bumi 7.4 skala richter landa Alaska
WASHINGTON - Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan 106 kilometer (km) selatan Sand Point, Alaska pada 0648 GMT pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Pusat gempa dengan kedalaman 9.3 km, ditentukan pada 54.38 darjah utara dan 160.70 darjah barat, lapor Xinhua. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!