Pas taruh keyakinan terhadap Ketua Hakim baharu

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas yakin Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mempunyai visi dan misi untuk mempertahankan kebebasan Badan Kehakiman berdasarkan konsep pengasingan kuasa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga percaya Tengku Maimun dapat menjamin keadilan ditegakkan berdasarkan sistem perundangan negara.

"Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Yang Amat Arif Datuk Tengku Maimum Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.

"Pas yakin pelantikan tersebut dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di atas merit berdasarkan pengetahuan tinggi, pengalaman luas serta kredibiliti Tengku Maimum sepanjang menggalas pelbagai tugas dan jawatan di dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan negara," katanya dalam kenyataan.

Katanya, Pas juga berharap Tengku Maimun dapat menjamin mahkamah memastikan prinsip-prinsip Islam sebagai agama Persekutuan dapat direalisasikan dan diterjemahkan sebagai cara hidup bukan sekadar peruntukan perundangan yang terhad.

"Ini selaras dengan kedudukan Islam dan perundangan sebagai agama sejagat dan telah terbukti menjamin keadilan untuk semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Maimun berusaha tingkat kefahaman terhadap sistem kehakiman

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tengku Maimun di Istana Negara, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pelantikan Tengku Maimun yang berkuat kuasa 2 Mei lepas dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara pada 12 April.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!