Kuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh di Bandar Tun Razak

Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan menangguh program Kuliah Maghrib Perdana penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, di sini, susulan penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal.

"Pembatalan tidak berbangkit sama sekali. Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan JAWI komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu, dan penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

Khamis lepas, akaun Facebook rasmi Ustaz Azhar memohon maaf susulan Kuliah Maghrib Perdana yang dijadual berlangsung di masjid berkenaan malam ini terpaksa dibatalkan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!