Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan

Anggota BBP Ringlet membantu keluarkan mayat mangsa dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada petang Ahad.
Anggota BBP Ringlet membantu keluarkan mayat mangsa dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada petang Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada Ahad.

Kemalangan dilaporkan jam 6.57 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Waja (teksi), Proton Persona dan sebuah motosikal.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang maut dipercayai penumpang kereta jenis Proton Waja manakala pemandunya cedera.

Menurutnya, mangsa lain yang cedera terdiri pemandu (lelaki) dan tiga penumpang termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak yang menaiki Proton Persona.

Proton Persona yang turut terlibat dalam kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada petang Ahad.
Proton Persona yang turut terlibat dalam kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada petang Ahad.

Turut cedera penunggang dan pembonceng motosikal.

"Lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet ke lokasi untuk bantuan menyelamat sejurus menerima laporan berhubung kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati salah seorang mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!