Simons tinggal PSV demi PSG
PEMAIN tengah Belanda, Xavi Simons meninggalkan gergasi PSV Eindhoven untuk melengkapkan perpindahan ke juara Ligue 1 Paris Saint-Germain Germain (PSG), menurut kelab Eredivisie itu.
Bekas pemain akademi Barcelona itu berpindah ke PSV dengan perjanjian lima tahun dari PSG tahun lalu selepas kontraknya tamat.
Simons meninggalkan Sepanyol untuk menyertai kelab gergasi ibu negara Perancis pada 2019 sebelum membuat penampilan sulung profesionalnya pada 2021 dan memenangi liga dan Piala Perancis.
"Xavi Simons akan segera meninggalkan kem latihan kelab untuk melengkapkan perpindahan bersama Paris Saint-Germain," kata PSV dalam satu kenyataan.
Sebelum ini Simons membantu PSV memperoleh tempat kedua dalam Eredivisie Belanda, telah membuat 34 penampilan, menjaringkan 19 gol dan mencatat lapan bantuan.
Dia juga telah memenangi Piala Belanda, Perisai Johan Cruyff dan anugerah penjaring terbanyak Eredivisie semasa menyarung jersi Rood-witten yang diasaskan pada 31 Ogos 1913.
"Penyerang berusia 20 tahun itu datang ke PSV tahun lalu dan menjadi pemain penting dalam skuad asuhan Ruud van Nistelrooij (bekas pengurus)," jelas kelab tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!