Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London
ROZITA Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini memiliki sebuah rumah agam di London, England.
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagram, Rozita berkata, ia hasil berjimat cermat dan rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.
“Tidak siapa tahu masa depan, kita tak boleh memilih ujian apa Allah nak bagi. Sebelum menuju kejayaan Bonda dah biasa susah, orang hina-hina saya tak melawan pun walau saya seorang yang sangat berani... Penat layan sikap manusia, saya diam dan pergi.
“Saya berjimat-jimat dengan emosi perasaan, kewangan, nafsu dan kesihatan badan. Rumah ini hadiah pada diri saya sendiri.
“Saya tak ada kemewahan, hanya ada ini saja. Saya beli hutang je pun, bukan beli cash pun,” katanya.
Tambah Rozita, dia tak pernah cuti, dan sedang membina team untuk mengurangkan aktiviti bisnes.
“Saya suka banyak travel tapi versi berjimat. Saya bawa staf saya sebab mereka adalah sahabat terbaik hidup saya. Saya meninjau peluang property di sana. Saya nak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga.
“Minggu ini saya terbang ke London. Insya-Allah saya plan buat bisnes di sana dalam property di Birmingham pula.
“Rumah Bonda di London tujuh bilik, hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Heathrow, Euro Star Station sangat dekat dengan rumah Bonda. Ke Kota London hanya 15 minit sahaja,” tutup Rozita. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!