Piala FA: JFC ramal JDT menang 4-1

Sebahagian daripada ahli JFC di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini. - foto fb JFC
Sebahagian daripada ahli JFC di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini. - foto fb JFC
A
A
A

KELAB penyokong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Fan Club (JFC), meramalkan skuad Harimau Selatan itu muncul juara Piala FA 2023 dengan menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), 4-1, pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Menurut presidennya, Azman A.Jalil, 60, ramalan itu dibuat berdasarkan prestasi semasa JDT yang dilihat cukup baik ketika ini.

Azman
Azman

Bagaimanapun katanya, aksi final sudah pasti berbeza tambahan pula berdepan dengan cabaran daripada skuad The City Boys itu yang pernah menewaskan mereka pada aksi final Piala Malaysia 2021 lalu.

“Kalau tengok keadaan semasa, kita yakin JDT akan menang Piala FA kali ini dan jangkaan kita 4-1.

“Tapi (dalam bola sepak), suasana final lain. Mereka (KL City FC) pun pernah kalahkan kita... di final juga (Piala Malaysia).

“Oleh itu, harap pemain dapat berikan yang terbaiklah untuk final nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Untuk rekod, aksi final Piala FA 2023 menyaksikan JDT bakal berdepan KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum diputuskan pasukan mana yang bakal beraksi sebagai pasukan tuan rumah dan juga pasukan pelawat.

Sementara itu Azman berkata, rata-rata penyokong begitu teruja untuk menyaksikan aksi final berkenaan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebahagian ahli JFC di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin baru-baru ini. Foto Facebook JFC
Sebahagian ahli JFC di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin baru-baru ini. Foto Facebook JFC

Katanya, keterujaan berkenaan menjadi faktor utama kesemua tiket bagi menyaksikan aksi final berkenaan telah pun habis dijual.

“Bagi kita, pastinya ada kelainan besar sebab sebelum ini mana-mana final pun akan main stadium berkecuali macam di Stadium (Nasional) Bukit Jalil, tapi kali ni main di SSI (Stadium Sultan Ibrahim).

“Oleh itu, kita pun harapkan penyokong Kuala Lumpur datanglah untuk isi tempat kosong yang masih ada... jadi adalah suasana final tu dan lebih menarik.

“Insya-ALLAH, kita yakin kawalan keselamatan juga mencukupi bagi memastikan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!