Isu Sanusi: Sultan Selangor titah isu belum selesai

Ahmad Yunus (gambar kiri) dan Hussein (gambar kanan) menghadap Sultan Selangor susulan kandungan isu ceramah Muhammad Sanusi yang didakwa menghina baginda.
Ahmad Yunus (gambar kiri) dan Hussein (gambar kanan) menghadap Sultan Selangor susulan kandungan isu ceramah Muhammad Sanusi yang didakwa menghina baginda.
A
A
A
SHAH ALAM - Kandungan ucapan ceramah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mendapat perhatian baginda.

Pada Isnin, baginda berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan di sini.

Menerusi kemas kini di Selangor Royal Office, pertemuan tersebut diadakan secara berasingan bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi.

"Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.

Nama Muhammad Sanusi hangat diperkatakan susulan kandungan ceramah yang didakwa meremehkan baginda berkenaan urusan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ucapan Muhammad Sanusi itu telah dimuat naik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter.

Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat mendesak Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PN disiasat dan diambil tindakan tegas.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi lalu memaklumkan pihaknya telah mengutus surat kepada baginda Sultan bagi menjelaskan konteks sebenar ucapannya yang didakwa diputar belit.

Ujarnya, Pegawai Istana Selangor memaklumkan kepadanya bahawa Sultan Selangor memberi perkenan untuk menerima dan membaca surat berkenaan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Hina Sultan: Polis siasat Sanusi berkait isu 3R

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!