PRN: Muda umum enam lagi calon termasuk empat di Selangor

Muda mengumumkan enam lagi calon parti itu yang akan bertanding pada PRN akan datang.
Muda mengumumkan enam lagi calon parti itu yang akan bertanding pada PRN akan datang.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan enam lagi calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) masing-masing empat di Selangor dan seorang di Pulau Pinang serta Terengganu.

Ia menjadikan jumlah terkini calon Muda diumumkan menyertai PRN seramai lapan orang.

Melalui pengumuman tersebut, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, di Terengganu manakala di Pulau Pinang, Priyankaa Loh akan bertanding di Pantai Jerejak.

Selain itu bagi PRN Selangor, parti berkenaan mencalonkan Pengerusi Muda Selangor, Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad yang akan bertanding di kerusi DUN Dusun Tua manakala timbalannya, Dr R Siva Prakash di Kuala Kubu Baharu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Dobby Chew pula dicalonkan di Seri Setia dan Bendahari Muda Selangor, Afriena Shaqira Sariff di Sungai Kandis.

Empat hari lalu Muda mengumumkan Setiausaha Agung, Amir Hariri Abd Hadi akan bertanding di Seri Serdang.

Di samping itu, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen dicalonkan di DUN Batu Tiga, R Thanusha (Sentosa) dan Melanie Ting Yi Hlin (Bukit Antarabangsa).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!