Semua suspek serangan bom Sri Lanka sudah ditahan

Anggota keselamatan berkawal di hadapan Gereja St Anthony di Colombo, beberapa hari selepas siri serangan yang meragut lebih 250 nyawa. - Foto Reuters
Anggota keselamatan berkawal di hadapan Gereja St Anthony di Colombo, beberapa hari selepas siri serangan yang meragut lebih 250 nyawa. - Foto Reuters
A
A
A

COLOMBO- SRI LANKA . Kesemua suspek dan mereka yang terlibat secara langsung dengan siri pengeboman di Sri Lanka bulan lalu sama ada telah ditahan atau meninggal dunia, kata pemangku ketua polis negara.

Dalam kenyataan semalam, Pemangku Ketua Polis Negara, Chandana Wickramaratne berkata, pasukan keselamatan turut merampas peralatan membuat bom yang akan digunakan penyerang dalam serangan akan datang.

Pihak berkuasa Sri Lanka percaya, siri pengeboman yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka di negara itu dijalankan oleh dua kumpulan militan kecil, Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI).

Sementara itu, kumpulan militan Daesh turut mengaku bertanggungjawab terhadap serangan pada 21 April lalu yang mengorbankan lebih 250 nyawa itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!