Muara cetek di Pelabuhan LKIM Chendering
Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, di sini berdepan dengan masalah muara cetek sehingga menyukarkan pendaratan bot nelayan terutamanya yang bersaiz besar.
Projek baik pulih pelabuhan tersebut akan menyelesaikan masalah nelayan khususnya zon C dan C2 untuk melabuhkan kapal mereka, sekali gus akan mengembalikan kegemilangan pelabuhan itu.
Projek dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM192 juta oleh kerajaan pusat pada Mac lepas, dijangka siap dalam tempoh empat tahun, akan memperkasakan kembali ekonomi kumpulan nelayan di pelabuhan itu dengan peningkatan jumlah pendaratan ikan kelak.
Projek baik pulih tersebut akan melibatkan tiga komponen utama iaitu kerja mendalamkan perairan sekitar pelabuhan, baik pulih pemecah ombak dan infrastruktur di darat pelabuhan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!