Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ini pengajaran buat semua pihak - Awang Hashim

18 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 JULAI 2023

Pemimpin Pas mendakwa pertuduhan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, apa yang berlaku itu adalah proses undang-undang dan pernah dihadapi parti itu sejak dahulu.

Bagaimanapun, dakwaan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Kedah itu bukan berkisar kepada "kawal mulut".

Tambahnya, apa yang berlaku adalah pengajaran, bukan hanya untuk Muhammad Sanusi tapi untuk orang lain juga.

Muhammad Sanusi dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian