Gempa bumi kuat di rantau New Guinea
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 pada skala Richter berlaku di Timur Rantau Papua New Guinea pada pukul 5.19 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 32 kilometer Barat dari Bulolo dengan kedalaman 160 km.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut kenyataan itu lagi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!