Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Sanusi dikerumuni para penyokongnya ketika keluar dari pekarangan luar Mahkamah Sesyen Selayang selepas menghadapi dua pertuduhan pada Selasa.
Sanusi dikerumuni para penyokongnya ketika keluar dari pekarangan luar Mahkamah Sesyen Selayang selepas menghadapi dua pertuduhan pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Laungan takbir bergema selepas kenderaan yang membawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bergerak keluar dari pekarangan bangunan Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada Selasa.

Sanusi turut dilihat turun dari kenderaannya itu dan bertemu dengan para penyokong yang menanti seawal jam 7 pagi.

Beberapa individu turut dilihat memeluk beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sambil memberikan kata-kata semangat.

Suasana luar pekarangan Mahkamah Sesyen Selayang yang sesak dengan penyokong Sanusi itu bagaimanapun terkawal dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Salah seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul berkata, dia datang dari Jeniang, Kedah semata-mata mahu memberikan sokongan kepada Sanusi.

"Saya datang dengan kereta bersama empat lagi rakan, semata-mata mahu berikan sokongan kepada beliau.

"Apa pun kita perlu hormati asas undang-undang dan paling penting kita doakan yang terbaik buat beliau," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di Selayang pada Selasa atas dua pertuduhan memghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.

Muhammad Sanusi, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!