Sepanyol umpama 'dalam ketuhar' akibat gelombang haba
MADRID - Gelombang haba ketiga pada musim panas bermula di Sepanyol, dengan amaran haba dikeluarkan oleh perkhidmatan cuaca negara AEMET berkuat kuasa pada Isnin di 12 daripada 17 komuniti autonomi negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Jalan-jalan kini lengang, manakala kebanyakan pantai sesak, lapor penyiar RTVE dan media Sepanyol lain.
Gelombang haba kedua dengan suhu hampir 45 darjah berakhir pada Khamis dan gelombang ketiga kini dijangka berlangsung sehingga Rabu.
Tajuk akhbar di Amerika Syarikat berbunyi "Seolah-olah seperti berada di dalam "ketuhar".
Berbeza dengan dua gelombang haba terdahulu, tumpuan kali ini bukan sahaja di wilayah Andalusia dan sebahagian Catalonia dan Navarre, bahkan buat kali pertama berlaku di pulau pelancongan popular Mallorca, dengan ramalan suhu yang tinggi.
Cuaca sudah sangat panas di pulau Balearic pada Isnin, iaitu 36 darjah di pantai Playa de Palma pada sebelah petang.
Suhu paling terik dijangkakan pada Selasa, dengan AEMET mengisytiharkan amaran merah di utara, timur laut dan tengah pulau berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!