Perancangan ALLAH yang terbaik: Putra Amaris
Menurut Amaris, bayi yang diberi nama Putra Asytar itu, lahir hampir tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
"Manusia merancang, ALLAH jua merancang tapi sesungguhnya perancangan ALLAH yang terbaik.
"Alhamdulillah syukur atas rezeki. Ikutkan dua date 8 Disember anak kami lahir. Tapi Dia pilih untuk lahir awal pada 20 November (12 Rabiulawal 1440H) yang mana jatuh pada hari kelahiran lelaki teragung, Nabi Muhammad SAW.
"Tiada apa yang daddy dan ibu harapkan selain Putra Asytar menjadi anak yang sentiasa mendahulukan ALLAH dan Rasulullah.
"Anak yang faham agama dan menyenangkan, membahagiakan semua orang," tulisnya.
Berkongsi maksud nama anaknya itu, Amaris berkata, dia dan isterinya, Nur Syazwani Alias memilih nama Asytar yang membawa maksud putera yang menawan.
"Putra Asytar anakku... Sesuai dengan namamu yang membawa maksud putera yang menawan, ibu dan daddy harap baby Putra akan menawan akhlak, menawan adab, menawan ilmu, menawan dari segala sudut.
"Jadilah lelaki yang mewarisi akhlak baginda Rasulullah SAW, semoga Asytar menjadi asbab ibu daddy ke syurga ALLAH kelak. Amin," tulisnya dalam posting berbeza.
Amaris dan Syawani bertunang pada 13 Ogos 2017 dan berkahwin pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!