Bapa Hasnul Rahmat meninggal dunia


Hasnul bersama bapanya.
Hasnul bersama bapanya.
A
A
A

AKTOR Hasnul Rahmat berkongsi berita duka mengenai pemergian bapa tersayang, Mustafa Abu Kasim pada jam 10.15 pagi, Selasa.

Menurut Hasnul, 52, bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teck Puat, Singapura.

"Ayah saya Haji Mustafa Abu Kasim @ Cikgu Haji Rahmat telah menghembuskan nafas akhirnya pada jam 10.15 pagi di Hospital Koo Teck.

Hasnul bersama bapanya.
Hasnul bersama bapanya.

"Jenazah akan diuruskan selepas solat Asar di Masjid Pusara Aman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

"Hasnul akan merindui ayah," coretnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun aktor berbakat besar itu tidak berkongsi punca kematian Allahyarham dan menerusi beberapa perkongsian di Instagram Hasnul, bapanya itu sudah lama berada di hospital.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!