Shila Amzah beri bayangan nikah Ogos

Shila Amzah
Shila Amzah
A
A
A

PENYANYI Shila Amzah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos depan.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 70 peratus selesai dibuat.

Bagaimanapun Shila masih belum bersedia berkongsi tarikh sebenar pernikahannya itu kerana mahu menghormati ibu tunangnya, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidullah Mohd Zulkefli yang masih ditahan di hospital bagi menjalani kemoterapi akibat kanser ovari.

Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.
Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

"Tarikh pernikahan memang sudah ada, borang juga sudah selesai diisi.

"Cuma buat masa ini kami mahu tunggu mak (ibu Ubai) keluar hospital dulu. Mungkin selepas itu baru kami akan kongsi.

"Apa yang boleh saya katakan, saya akan ke China pada September depan, jadi semuanya harus selesai pada Ogos," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Shila, ibu Ubai sudah menyatakan hasrat untuk turut hadir menyaksikan pernikahan mereka.

Justeru, besar juga harapan Shila untuk melihat semua ahli keluarga berada pada hari bersejarah mereka kelak.

Shila kini menanti bakal ibu mertuanya keluar hospital sebelum membuat kenyataan rasmi mengenai perkahwinannya.
Shila kini menanti bakal ibu mertuanya keluar hospital sebelum membuat kenyataan rasmi mengenai perkahwinannya.

"Saya tak mahu terlalu teruja bercerita hal perkahwinan kerana mak masih berada di hospital.

"Dia pun dah maklumkan untuk berada pada majlis itu dan baju tudung semua sudah disediakan," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan status perkahwinan ibu dan bapanya, Shila berkata, mereka masih pasangan suami isteri berdasarkan borang pernikahannya.

"Disebabkan semua urusan borang perkahwinan sudah diselesaikan, maksudnya mereka masih bersama... itulah status mereka secara rasmi," ujarnya ringkas.

Bagaimanapun, Shila enggan mengambil tahu dan mengulas lanjut hubungan sebenar ibu dan bapanya itu.

Terdahulu, Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Bagaimanapun kehadiran bapanya, Datuk ND Lala menarik perhatian ramai selepas ibu Shila, Datin Fauziah Sarman mendedahkan penyanyi itu sudah berkahwin dua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!