Isu Sanusi: Jentera Pas, PN diminta bertenang

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

KUANTAN - Ketua Penerangan Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin menyeru semua jentera penerangan parti itu di semua peringkat yang menyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk tenang dalam menghadapi situasi penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, tindakan terburu-buru dalam penyediaan kandungan mahupun komentar terhadap perkara ini akan menyemarakkan lagi isu 3R.

"Isu 3R yang dijadikan modal oleh Pakatan Harapan/UMNO dalam menghadapi PRU15 DUN (Dewan Undangan Negeri) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

"Segala perkembangan perkara ini dan sebarang pengarahan akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Pas Pusat," kata beliau dalam hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu juga menyeru supaya berusaha, berdoa dan bertawakkal agar ALLAH SWT memberikan kemenangan kepada Pas dan PN pada PRU15 peringkat DUN di enam negeri terlibat.

Sebelum itu, Sanusi ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, dekat sini awal pagi Selasa.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 3 pagi ketika berada dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.

Pada hari sama, beliau mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!