KPDNHEP Selangor gempur premis pakaian tiruan

KPDNHEP Selangor menggempur premis disyaki menjual pakaian tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, kelmarin.
KPDNHEP Selangor menggempur premis disyaki menjual pakaian tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, kelmarin.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menggempur premis dipercayai menjual pakaian berjenama tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Batu Tiga Lama, di sini, kelmarin.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, premis di tingkat dua itu diserbu kira-kira jam 12 tengah hari hasil maklumat dan risikan.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menyita sebanyak 86 helai baju kemeja-T dan enam helai baju sejuk membabitkan dua jenama.

"Kesemua rampasan pakaian disyaki tiruan ini dianggarkan bernilai RM44,750.

"Kita kemudian menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an melibatkan pemilik serta pengurus premis. Kedua-dua mereka kini direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KPDNHEP Selangor menggempur premis disyaki menjual pakaian tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, kelmarin.
KPDNHEP Selangor menggempur premis disyaki menjual pakaian tiruan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya turut merekod keterangan dua pekerja wanita bagi membantu siasatan yang mana dipercayai mereka ini dibayar gaji sebanyak RM100 sehari.

Mengulas lanjut, siasatan juga mendapati, barangan pakaian ini disyaki dibawa masuk dari negara China sebelum dipasarkan di seluruh negara. Bagi menyukarkan kegiatan penjualan ini dikesan pihak berkuasa, suspek akan kerap berpindah ke pusat beli-belah lain.

Artikel Berkaitan:

"Suspek hanya akan berada di sebuah pasar raya dalam tempoh tiga hingga tujuh hari sahaja sebelum berpindah ke lokasi lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!