Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah
SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak bermasalah untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (DUN) Kedah nanti, walaupun berdepan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15) di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa.
Bagaimanapun, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu berisiko hilang status sebagai Menteri Besar Kedah dan kerusi DUN yang mungkin dimenangi beliau pada PRN nanti.
Jelasnya, senario itu hanya benar-benar berlaku jika Sanusi disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman melebihi had hukuman yang membawa kepada ketidaklayakan untuk menjadi wakil rakyat.
Baca berita penuh di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!