Cuba samakan nasib Sanusi dengan Anwar tak masuk akal - Rafizi

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SEBERANG JAYA - Cubaan untuk samakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan nasib yang dialami Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 disifatkan tidak masuk akal.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, apa yang berlaku terhadap Sanusi jauh berbeza dengan Anwar yang ketika itu disepak terajang sebaliknya, Menteri Besar Kedah itu hanya ditahan untuk pendakwaan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

"Jejaka Malaya yang paling 'glamour' ketika ini (Sanusi) kena tahan, tak masuk lokap pun kemudian kena dakwa tetapi telah disamakan dengan Datuk Seri Anwar pada 1998.

"Kecuali la ada orang sepak terajang Sanusi itu," katanya ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya pada Selasa.

Rafizi turut menafikan pendakwaan yang dihadapi Sanusi bukan disebabkan Kerajaan Perpaduan takut dengannya sebaliknya ia disebabkan mulut celupar pemimpin Pas itu hingga menghina institusi raja.

Menteri Ekonomi itu turut menasihati Sanusi agar menjaga percakapan dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri menyebabkan beliau akan ke penjara.

"Masa saya jadi pembangkang dulu, bila nak bawa suara kebenaran, nak sampaikan kepada masyarakat kita berdepan dengan pelbagai cubaan. Saya ada 14 kes mahkamah malah pernah ditahan dua ke tiga hari dan paling lama lima hari dalam penjara.

"Ketika duduk dalam lokap tak tidur, makan semua tak apa cuma mandi saja masalah untuk saya kerana dalam lokap perlu mandi dalam keadaan bogel, sebab itu saya nasihatkan Sanusi untuk jaga mulut," katanya.

Dalam pentas ceramah itu, Rafizi secara sinis berkata, tiada ahli politik dalam PKR ditahan atau didakwa atas kesalahan menghina institusi diraja.

"Pelik mereka yang kononnya menunjukkan diri sebagai parti memperjuangkan Melayu, Islam didakwa atas kesalahan menghina raja.

"Kalau saya yang kata macam itu (memperlekehkan sultan) mesti Pas dah keluar berarak atas jalan hingga memerlukan saya kena masuk gua kerana takut untuk keluar.

"Saya nak nasihatkan, kalau dia (Sanusi) rasa dan nak jadi hebat, kacau, langgar itu ini tak ada masalah tapi kena bersedia terima akibatnya," tambahnya.

Pada Selasa, Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Mengikut pertuduhan, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan yang mengandungi kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang boleh membangkitkan perasaan untuk tidak setia terhadap mana-mana raja.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!