Malaysia Airlines terima Boeing 737-8 bulan depan
MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) akan mula menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 baharu pertamanya bulan depan.
Syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan pada Rabu menjelaskan akan beransur-ansur menambah pesawat 737-8 itu kepada 25 menjelang 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, langkah memperkenalkan pesawat baharu 737-8 pada Ogos ini meletakkan standard baharu dalam perjalanan udara.
"(Langkah ini) menyatukan budaya terbaik Malaysia, teknologi termaju dan amalan mampan untuk menghasilkan pengalaman penerbangan yang tidak ada tandingannya,” katanya.
Pada masa ini, kumpulan MAG mempunyai 100 pesawat menerusi anak-anak syarikatnya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!