‘Jawablah dengan hujah, bukan fitnah’ - Idris Ahmad
SHAH ALAM - Pas menyelar tindakan pengguna media sosial menggunakan nama 'Ismadi Ayob' yang memuat naik hantaran di Facebook memfitnah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan membawa imej Perikatan Nasional (PN).
Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, hantaran tersebut dibuat menggunakan identiti palsu selain kenyataan kononnya menyokong kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau menegaskan bahawa hantaran tersebut adalah palsu dan mendakwa ada pihak yang ingin memburuk-burukkan imej parti tersebut.
“Jawablah dengan hujah, bukan dengan fitnah. Jangan biarkan kamu dan anak isteri kamu makan dengan upahan fitnah.
“Kerja kamu dan orang yang sewaktu dengan kamu adalah paling hina atas dunia ini. Mungkin kami ada kelemahan sebagai manusia biasa, maka kamu boleh kritik kembali dengan fakta bukan auta,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut meminta penyokong Pas dan PN untuk memantau atau melaporkan pengguna media sosial yang menggunakan akaun palsu dengan niat cuba mencemarkan nama baik parti kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dakwanya lagi, terdapat banyak akaun palsu yang kononnya mengaku sebagai ahli atau mewakili Pas, namun hakikatnya mengambil upah semata-mata untuk menabur fitnah di media sosial.
“Banyak (akaun palsu) yang kita akan temui, dan semakin galak bertebaran terutama menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti.
“Jangan lupa doa kepada ALLAH supaya memberi pembalasan yang setimpal ke atas kelakuan jahat ini,” ujar beliau.
ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan
Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah
Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi
Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik
Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim
Laungan takbir bergema iringi Sanusi
Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas
'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi
Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R
Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara
Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!