Tak salah nak kritik, tapi jangan sentuh 3R - Ahmad Maslan
PORT DICKSON - Tiada masalah untuk mana-mana pemimpin politik mengkritik kerajaan hari ini tetapi janganlah menyentuh isu berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap pemimpin sama ada daripada pembangkang atau kerajaan seharusnya lebih berhati-hati ketika berucap.
"Kalau nak kritik, kritik dasar Kerajaan Perpaduan. Nak kritik Perdana Menteri atau saya ke tidak jadi masalah dan kita boleh berlawan fakta dengan fakta, data dengan data dan hujah dengan hujah.
"Tapi jangan memperlekeh dan hina. Itu perkara yang tidak boleh dilakukan sama ada oleh ahli politik kerajaan pembangkang atau kerajaan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bilik Gerakan UMNO Cawangan Seri Kemang di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor di bawah Akta Hasutan 1948.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 itu, sesiapa pun termasuk pemimpin politik kerajaan tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan kesilapan sebegitu.
"Kita kena faham bahawa ada perkara tak boleh disentuh sama ada ketika hampir pilihan raya atau pada masa-masa lain.
"Terutamanya soal kedudukan raja-raja itu adalah perkara bawah hasutan dan kita harap ia beri pengajaran kepada semua pemimpin sama ada parti kerajaan atau parti pembangkang," katanya.
Beliau juga menyangkal dakwaan yang tindakan terbabit diambil kerana Sanusi adalah Menteri Besar dari negeri parti pembangkang.
Malah katanya, beliau sememangnya sudah sedia maklum cara Pengarah Pilihan Raya Pas itu berucap kerana pernah ceramah sepentas dengannya ketika UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
"Saya nak ingatkan penyokong Pas, ini bukan dipanggil tuduhan bersifat politik. Ini silap dia sendiri. Tak kira siapa dia, kalau silap begitu, dia kenalah.
"Mungkin dia anggap diri dia fenomena, maka dia pun tak hiraukan batasan-batasan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan
Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah
Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi
Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik
Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim
Laungan takbir bergema iringi Sanusi
Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas
'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi
Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R
Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara
Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!