Polis cekup tiga penjenayah ketika meronda

Tiga suspek yang ditahan polis atas beberapa kesalahan jenayah.- Foto IPD Iskandar Puteri
Tiga suspek yang ditahan polis atas beberapa kesalahan jenayah.- Foto IPD Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang yang dikehendaki polis atas beberapa kesalahan jenayah di tiga lokasi pada Selasa dan Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, seorang suspek ditahan di Jalan Sungai Danga, Taman Nusa Bestari manakala dua lagi suspek ditahan di Jalan Nusa Idaman-Taman Bukit Indah.

“Kesemua suspek ditahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri.

"Lelaki yang ditahan di Jalan Sungai Danga, Taman Nusa Bestari pada Rabu merupakan suspek yang masih dikehendaki polis atas kesalahan di bawah Seksyen 6 (2) ENJH Enakmen Negeri Johor dan suspek ditempatkan di IPD Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, dua lagi lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan pada oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri di Jalan Nusa Idaman-Taman Bukit Indah.

“Kedua-dua lelaki berkenaan didapati positif dadah dengan salah seorang daripadanya positif dadah jenis 'Meth' selain kedua-duanya turut memiliki rekod lampu berkaitan kes dadah.

"Kedua-duanya ditahan di IPD Iskandar Puteri untuk siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1), (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Polis turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya boleh berkongsi dan menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah IPD Iskandar Puteri di talian 07-5113622 @ Hotline 07-5114486