Perbaharui azam, kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia - PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.

"Semoga pada awal tahun baru hijrah ini kita semua dapat memperbaharui azam dan tekad mengukuhkan lagi solidariti umat dalam meningkatkan melakukan islah dan pembaharuan demi pertiwi yang tercinta ini,” kata beliau menerusi catatan di Facebook rasmi pada Rabu.

Anwar turut menjunjung kasih atas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!