Wanita nekad kahwini kekasih tikamnya sebanyak 16 kali

Eka Wahyu (kiri) dan Fika Andrean. - Agensi
Eka Wahyu (kiri) dan Fika Andrean. - Agensi
A
A
A

ASAHAN - Seorang wanita yang ditikam sebanyak 16 kali oleh kekasihya akibat pertengkaran mengambil keputusan nekad akan mengahwini lelaki itu, lapor detik.com

Mangsa, Eka Wahyu Lestari, 23, ditikam bertubi-tubi di perut dan tangan oleh kekasihnya, Fika Andrean Banjarnahor, 21, dalam kereta di kawasan Terminal Kisaran Asahan, Sumateria Utara pada Ahad lalu.

Sebelum kejadian, pasangan itu dilaporkan bertengkar sebelum Fika Andrean mengeluarkan pisau dan menikamnya berbelas kali.

Ketua Polis Daerah Satreskrim Asahan, Iptu Arbin Rambe berkata, selepas mangsa ditikam berkali-kali, pelakunya meminta maaf dan menghantarnya ke tempat kerja serta menyuruhnya berbohong bahawa dia disamun.

"Mangsa serta merta dimasukkan ke hospital selepas ditikam 16 kali di perut dan tangan serta mendakwa dia samun.

"Selepas disiasat, laporan itu adalah palsu dan mangsa mengaku ditikam teman lelakinya,"katanya.

Iptu menambah, suspek ditangkap pada hari berikutnya dan dibawa ke Balai Polis Asahan. Polis turut menjumpai pisau dan kereta digunakan suspek semasa kejadian tersebut.

Sementera di balai polis, suspek mengaku dia menikam kekasihnya kerana marah mangsa sering meminjam duit kepadanya dan memberi pelbagai alasan.

"Puncanya kerana kekasihnya sering meminta wang. Tetapi kami sedang menyiasat kenyataannya kerana dia masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat,"tambahnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!