Hakisan Pantai Kempadang
Keadaan di Pantai Kempadang, Kuantan ketika tinjauan hari ini.
Pantai Kempadang yang terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandaraya Kuantan itu merupakan antara kawasan perkelahan yang popular di daerah Kuantan.
Semakin hari sebahagian jajaran pantai itu terhakis akibat kejadian ombak besar pada musim tengkujuh serta fenomena air pasang besar.
Kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi hakisan pantai di seluruh negeri Pahang dan usaha untuk membaikpulih sedang dilakukan dengan langkah awal membina struktur kawalan hakisan pantai atau 'rock revetment' dengan meletakkan batu di kawasan pantai yang terjejas. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!