Gempa bumi landa Papua Barat, Indonesia
SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud telah berlaku di Papua Barat, Indonesia pada jam 11.18 malam, pada Rabu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, tiada ancaman tsunami kepada negara susulan gempa berkenaan.
"Kejadian tersebut berlaku pada koordinat 3.1 darjah Selatan dan 139.8 darjah Timur.
"Manakala jarak kejadian adalah 124 kilometer barat daya dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 62 kilometer," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!