Anwar, Muhyiddin berjasa dalam penyelesaian hutang peneroka Felda
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing berjasa dalam penyelesaian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, isu itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian kedua-dua pihak berkenaan.
"Kertas Putih (Kesihatan) yang kita bincang beberapa episod yang sudah dimulakan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu menjadi Menteri Kesihatan. Tiada terhegeh-hegeh menteri sekarang dengan dulu nak bergaduh, siapa yang laksanakannya.
"Jadi saya rasa kalau boleh kadang-kadang pemimpin senior ini mencontohi lebih junior apabila melibatkan hal yang serius sama ada Kertas Putih Kesihatan atau soal hutang peneroka Felda.
"Yang penting adalah pengisian, masalah isu rakyat diselesaikan dan tidak penting siapa yang mengambil kredit, jika perlu kongsi 50-50," katanya menerusi rancangan keluar sekejap pada Rabu.
Pada 8 Julai lalu, media melaporkan Anwar kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan pentadbiran negara terdahulu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut bersetuju bahawa kedua-dua individu berkenaan mempunyai peranan di mana dimulakan oleh Muhyiddin, yang membuat keputusan polisi dan dasar untuk menghapuskan hutang itu.
"Kemudian diteruskan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan perlu juga diberikan kredit cuma penyelesaian yang tuntasseperti shahril katakan memang sudah ada masalah aliran tunai disebabkan dilupuskan hutang peneroka Felda.
"Felda perlu membayar hutang kepada Maybank dan juga KWSP yang mana hutangnya terbitan sukuk itu. Perdana Menteri yang bagi bantuan, mudah maka semua perdana menteri ada jasa dalam hal peneroka, Felda dan institusi itu," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hutang Felda: Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai - PM
Hutang peneroka Felda: Muhyiddin hantar notis tuntutan kepada Anwar
PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda
Hutang Felda: Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai - PM
Muhyiddin jawab isu hutang peneroka Felda
Ketua peneroka sambut baik usaha kerajaan hapus hutang Felda, tampil jelas perkara sebenar
Kerajaan PN tidak tepati janji lupus hutang peneroka - Ahmad Shabery
Radzi minta PM semak fakta pelupusan hutang peneroka Felda
Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion bantu lupus hutang peneroka Felda
Hutang peneroka: Muhyiddin tak bohong, kenyataan Anwar mengelirukan - Tosrin
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda
RM8.3 bilion hutang peneroka Felda dilupus
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!