Sanusi ditahan 3 pagi kerana enggan ke balai - Saifuddin

Saifuddin Nasution - Foto Bernama
Saifuddin Nasution - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan polis terpaksa menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di ibu negara pada jam 3 pagi berikutan keengganan beliau hadir bagi membantu siasatan di balai polis.

Saifuddin berkata, tindakan itu dilakukan selepas Muhammad Sanusi tidak mahu memberi kerjasama ketika polis cuba menghubunginya.

"Sanusi kata saya tak buat kerja. Saya buat kerja, soal Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, polis semua kita jaga elok. Tapi bila polis buat kerja, Sanusi marah pula.

"Dia kata berhubung dengan polis dari jam 10 malam hingga 2 pagi. Apa perhubungan itu? Polis kata boleh tak mai (datang) balai polis? Sanusi pula kata kalau hangpa nak tangkap, saya tak mahu pergi," katanya.

Saifuddin berkata sedemikian ketika berucap pada Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, di Padang Awam Taman Wira Mergong di sini pada malam, Rabu.

Beliau menegaskan, Muhammad Sanusi tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa, sebaliknya perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Polis bukan panggil saja-saja. Di Malaysia ada 30 juta rakyat, pasal apa polis cari Sanusi sahaja? Mesti ada sebab. Sebabnya Dewan Diraja Selangor buat laporan.

"Dewan Diraja Selangor bukan calang-calang orang, ada bekas hakim Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Mereka ini orang terpilih yang Sultan Selangor lantik menduduki Dewan Diraja. Mereka ini buat laporan perkara yang berunsur penghinaan kepada institusi raja," katanya

Mengulas lanjut kata Saifuddin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi peringatan kepada orang politik supaya tidak mengheret institusi raja ke gelanggang politik ketika membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sehubungan itu, beliau berkata, Majlis Angkatan Tentera dicadang menyemak semula pemberian pangkat kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diberikan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berpandangan, ia susulan kenyataan Menteri Besar Kedah yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kepten Yang Dipertua TLDM.

"Saya nak beritahu Sanusi, Sultan Selangor itu adalah Ketua TLDM. Tiba-tiba, dia hina baginda. Jadi sampai masanya Majlis Angkatan Tentera semak balik pangkat kehormat itu atau barangkali kena syor begitulah nampak gayanya kerana tak hormat pada Sultan Selangor," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

Kerajaan tidak campuri urusan pendakwaan Sanusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!