Raih 90 juta subscriber YouTube, Blackpink cipta sejarah lagi

Konsert jelajah Blackpink sukses di serata dunia.
Konsert jelajah Blackpink sukses di serata dunia.
A
A
A

BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah subscriber tertinggi di saluran YouTube.

Kumpulan wanita popular yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu kini memiliki 90 juta subscriber, sekali gus mencipta rekod baharu mengatasi barisan artis lain di seluruh dunia.

Menariknya kejayaan itu tercipta dalam tempoh yang singkat iaitu tujuh tahun selepas debut mereka di mana saluran YouTube rasmi Blackpink didaftarkan pada 28 Jun 2016.

Sehingga kini jumlah tersebut terus menunjukkan peningkatan, apatah lagi Blacpink kini masih dalam rangka konsert jelajah Born Pink mereka di seluruh dunia.

Jika kumpulan yang popular dengan lagu How You Like That dan Kill This Love itu berjaya meraih 100 juta subscriber, mereka bakal menjadi artis pertama yang akan menerima Red Diamond Play Button.

Sejak awal membuat penampilan dalam industri hiburan K-Pop, Blackpink yang bernaung di bawah agensi YG Entertainment itu meraih pelbagai kejayaan luar biasa dan terus mencipta satu demi satu sejarah.

Mendapat gelaran 'Queen of KPop', mereka juga menjadi kumpulan wanita pertama dalam sejarah menjayakan konsert berskala besar di empat benua iaitu Asia, Eropah, Amerika dan Australia.

Lebih membanggakan, kesemua tiket siri jelajah tersebut habis terjual.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!