Farid Kamil positif Covid-19, saran kontak rapat buat ujian
PELAKON dan pengarah popular, Farid Kamil memohon maaf kepada mana-mana individu yang bertemu dengannya empat atau lima hari lepas.
Ini berikutan bapa kepada dua cahaya mata itu mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan.
"Saya nak minta maaf kepada kawan-kawan, saudara-mara yang ada jumpa saya empat hingga lima hari lepas yang bergejala, kontak rapat.
"Mohon buat ujian calitan, sebab saya positif Covid-19. Mohon doakan saya cepat sembuh," maklumnya.
Farid berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory Instagram miliknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!