Pelabur baharu Kelantan FC 'orang bola'

Norizam Tukiman
Norizam Tukiman
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman masih berahsia mengenai pelabur baharu kelab itu.

Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau akan mengumumkan mengenai perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.

Namun, beliau berkata, pelabur baharu kelab itu adalah 'orang bola' dan mengetahui mengenai industri bola sepak.

"Mengenai pelabur (baharu) yang akan membeli saham Kelantan FC, orang (individu) itu orang bola sepak.

"Cuma saya tidak boleh umumkan hari ini (semalam) dan biarlah (diumumkan) di venue yang lain," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.

Difahamkan, individu yang dikaitkan sebagai pelabur baharu TRW itu adalah ahli perniagaan yang juga penaja utama pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Kelantan FC.

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Ruslan pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih pasukan itu.

Namun, dengan kemasukan pelabur baharu ini, ia secara tidak langsung menutup peluang buat kedua-dua mereka mengambil alih pasukan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Norizam tak terdesak jual Kelantan FC

Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC

Vida tidak akan tarik diri, tetap mahu beli Kelantan FC

[VIDEO] Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC

Jangan sampai Kelantan FC lingkup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!