Sultan Ibrahim berangkat pulang ke Johor selepas selamat jalani pembedahan
JOHOR BAHRU - Setelah selamat menjalani pembedahan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2 pada Khamis.
Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pakar perubatan yang memberi rawatan serta seluruh kakitangan Hospital Pakar Damansara 2, yang telah memberi perkhidmatan baik.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat serta kakitangan yang telah merawat dan membantu saya.
“Baru beberapa hari di sini, tetapi keikhlasan mereka semua membuat saya rasa terharu, seperti ada keluarga baru di sini,” titah baginda.
Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan selama beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Johor.
Setelah berangkat dari hospital, baginda berkenan santap di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.
“Saya sepatutnya direhatkan seketika di ICU (unit rawatan rapi) setelah pembedahan, namun Alhamdulillah, saya rasa cukup elok untuk terus ke wad biasa.
“Saya jalan sendiri dari dewan bedah ke wad saya. Doktor pun terkejut. Saya bersyukur ke hadrat ALLAH SWT, berkat doa orang ramai dan Bangsa Johor, saya selamat melalui rawatan ini dan berharap dapat sambung kerja saya,” titah baginda.
ARTIKEL BERKAITAN:
Sultan Ibrahim jalani pembedahan bahu kanan Selasa ini
Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!