Warga emas dikhuatiri dibaham buaya
Addi Bangsa, 60, yang juga nelayan disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 4 pagi ketika turun ke botnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Tawau pada jam 7 pagi Khamis.
Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 70 kilometer dari BBP Tawau.
"Menurut maklumat adiknya, mangsa dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot sekitar jam 4 pagi Rabu.
"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah pencarian di permukaan atas air pada radius pencarian tiga kilometer di sepanjang muara sungai terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Bagaimanapun, Jemishin berkata, sehingga kini mangsa belum ditemui.
"Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula pada Jumaat.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!