Downy beri inspirasi haruman kepada wanita
DOWNY dan Scha Alyahya telah bergabung untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita untuk menerima, merangkul dan meraikan diri semula jadi mereka seadanya melalui acara petang eksklusif di MYDIN USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.
Semasa acara pengalaman dan penghayatan haruman, Scha Alyahya berkongsi pengalaman peribadinya tentang bagaimana beliau berjaya merangkul diri semula jadinya dan terus berkembang sebagai seorang wanita, isteri, ibu, dan personaliti Malaysia yang terkenal.
Kempen “Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya” bertujuan menggalakkan wanita untuk bangga dengan keperibadian mereka yang unik, nilai kekal dan kecantikan semula jadi mereka. Downy ingin membekalkan mereka dengan ‘alat’ baharu dalam ‘kit keyakinan’ mereka iaitu - Downy Natural Aqua Ocean dan Downy Natural Secret Garden.
Rangkaian Downy Natural terbaharu yang dilancarkan pada majlis itu mempunyai aroma yang tahan lama yang melengkapkan haruman semula jadi seorang wanita supaya mereka sentiasa boleh berasa segar dan yakin sepanjang hari.
“Kami inginkan kaum wanita berasa yakin apabila menggayakan pakaian mereka. Tetapi lebih penting lagi, kami ingin memberi suatu inspirasi kepada mereka untuk berasa yakin dan selesa dengan diri sendiri,” kata Pengurus Jenama Penjagaan Fabrik P&G Malaysia, Maya Ngyuyen, pada pelancaran Downy Natural, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Scha Alyahya akan bertemu dengan 20 peminat bertuah yang juga berkongsi kepentingan haruman Downy.
Pengalaman "Downy Natural scent-sorial" dihadiri oleh lebih daripada 500 orang sepanjang hujung minggu. Mengambil inspirasi daripada rangkaian Downy Natural yang baharu, pelanggan dapat melangkah ke Aqua Ocean dan Secret Garden dan menikmati serta mengalami suatu haruman semula jadi yang segar.
Downy Natural Secret Garden dan Downy Natural Aqua Ocean kini boleh didapati di pasar raya tempatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!